Sunday, May 23, 2010

Sorry so much dear all blogger frens!!!


Salam kepada sahabat-sahabat bloggers yang lain,
Post kali ni yang paling pendek saya rasa, cuma ingin meminta maaf kepada sahabat-sahabat bloggers yang lain kerana agak lama menyepikan diri, my son (kimi) dimasukkan ke wad paediatrik akibat dari penyakit bronchopneumonia sejak beberapa hari yang lalu dan saya terpaksa beri tumpuan sepenuhnya kepada kimi.  Namun ada kesempatan sekejap untuk saya curi-curi masa & bile jenguk ke blog saya, rasa terharu kerana masih ada sahabat-sahabat yang sudi bertanya khabar dan tertanya-tanya kenapa saya berdiam diri..saya minta maaf sekali lagi & InsyaAllah dalam satu atau dua hari lagi sekiranya kimi beransur sihat, saya akan kembali berblog & membuat kunjungan balas ke blog sahabat-sahabat bloggers yang lain.
Lastly, saya harap sahabat-sahabat doakan kimi kembali sihat & ceria seperti selalu. (thanks in advance!) and also thanks a lot for all the supports & really appreciate all of u guys!!
Take care & have a nice weekend ;)





Wednesday, May 19, 2010

"Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang zalim..nauzubillah"

Salam sahabat2 bloggers yang dirahmati Allah,
Dah few weeks tak ada artikel/post baru dari blog ni..lately agak akak sibuk dengan beberapa urusan peribadi yang sedikit sebanyak mengganggu fikiran dan kesihatan akak. Sekarang pun masih lagi kurang sihat, tapi dek kerana dah rindu sangat nak menulis blog, so hari ini, walaupun cuti sakit tapi akak gagahkan diri untuk menyiapkan entri baru untuk blog ini berdasarkan apa yang telah akak lalui beberapa minggu ini..artikel kali ini akak sadur dari blog  Dr Mohd Asri Zainul Abidin (bekas Mufti Perlis)..berkenaan "Doa Orang-orang yang dizalimi"..semoga kita dijauhi dari sifat-sifat tersebut (nauzubillah) dan juga semoga kita tidak terdiri dari insan-insan yang teraniaya (amin)..kerana peritnya rasa bila diri kita dianiaya..

Akak bukanlah pandai dalam aspek2 agama ni, tapi apa yang telah akak lalui ini, cukup untuk membuka minda & mata terhadap kuasa Allah terhadap perkara-perkara yang terkadang kita 'lupa' dan secara tak sengaja berbuat tanpa kita sedari walhal impaknya sangatlah besar terhadap diri kita..artikel ni sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada semua kerana dari apa yang pernah akak lalui, memang benar, terbukti kuasa Allah, doa orang yang teraniaya memang 'cepat dan langsung' biarpun orang yang teraniaya itu kafir atau tergolong dari golongan yang berdosa besar sekalipun..mari kita baca kupasan yang diberi oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai "Doa orang-orang yang dizalimi"

1. Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).
2. Jika benar saudara dizalimi, saudara tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si zalim pula akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan baiknya akan saudara perolehi, jika tidak dia akan menanggung dosa saudara. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya”(Riwayat al-Bukhari).

3. Berdasarkan hadis-hadis, baginda Nabi s.a.w pernah berdoa agar Allah mengambil tindakan ke atas musuh-musuh Islam. Banyak hadis-hadis mengenai hal tersebut. antaranya doa baginda s.a.w ke atas kumpulan Quraish yang menzalimi baginda:
“Ya Allah, ambillah tindakanMu ke atas Quraish” (Riwayat al-Bukhari).
4. Adapun sesama muslim, perkara yang patut didahulukan –jika mampu- adalah memaafkan atau memohon hidayah agar diberikan kepada si zalim. Sabda Nabi s.a.w:
“Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).
5. Adapun jika saudara mahu juga berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya, maka perkara tersebut tidaklah salah. Pastikan dahulu memang saudara dizalimi dan perbuatan individu berkenaan memang terbukti dan zalim. Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:
Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya.
Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”.
Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.
Gurauan Nabi s.a.w telah merisaukan Umm Salamah. Nabi s.a.w menjelaskan bahawa doa itu tidak akan menimpa gadis itu kerana dia tidak layak. Ertinya, jika sesiapa yang layak maka doa itu akan menimpanya.

6. Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya serta mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir.

Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi harta secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”.

Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup dalam kefakiran sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

7. Doa-doa di atas jika kita lihat mereka tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

8. Kita hendaklah sentiasa bimbangkan doa orang yang kita zalimi. Akan ada masanya Allah memustajabkan doa insan yang dizalimi lalu membalasnya kepada si zalim. Sabda Nabi:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Ertinya, walaupun insan yang dizalimi itu mungkin tidak baik agamanya, tetapi perbuatan orang lain menzaliminya tetap akan Allah balas. Dosa individunya itu urusan dirinya. Dosanya itu tidak memberi ‘lesen’ kepada orang lain untuk menzaliminya. Maka berhati-hatilah kita.

(* Tersiar di akhbar Sinar Harian pada 30 April 2010)

 lovelylady:  "Doa orang yang dizalimi bisa membuat seseorang itu gelisah hidupnya dan sentiasa merasa susah biarpun sebenarnya dia kaya dan mewah serta punya segala-galanya tapi semua itu tak mampu buat dia bahagia-(nauzubillah..maaf, aku tidak mampu membalas segala perbuatanmu dan berbuat apa-apa padamu kerana aku hamba Allah yang amat lemah, cuma yang mampu ku tadahkan tangan dan berdoa sekiranya aku dizalimi, semoga Allah beri balasan setimpal kepada mu dan tanpa ku duga segalanya terlalu cepat kau rasai..semoga semua ini jadi titik keinsafan buat kau dan aku..dan juga semoga kau lebih merasa bahagia dengan jalan yang kau pilih"

Wednesday, May 12, 2010

Today's Theme: WORK/JOB & ALL THOSE RELATED..

Was about to sign-in my email, i came across which i considered a very useful article, so i make it as an entry to my page instead of talking about LOVE, dis time, lets put health at first place as sometimes we often neglect about ourselves. So lets take a closer look at this post..
By Ben Hirschler - Tue May 11, 10:16 AM PDT
LONDON (Reuters) - People working 10 or 11 hours a day are more likely to suffer serious heart problems, including heart attacks, than those clocking off after seven hours, researchers said on Tuesday.

The finding, from an 11-year study of 6,000 British civil servants, does not provide definitive proof that long hours cause coronary heart disease but it does show a clear link, which experts said may be due to stress.
In all, there were 369 cases of death due to heart disease, non-fatal heart attacks and angina among the London-based study group -- and the risk of having an adverse event was 60 percent higher for those who worked three to four hours overtime.
Working an extra one to two hours beyond a normal seven-hour day was not associated with increased risk.


 "ads moment-click on it to enlarge the comic-it's funny! lol"

"It seems there might a threshold, so it is not so bad if you work another hour or so more than usual," said Dr Marianna Virtanen, an epidemiologist at the Finnish Institute of Occupational Health and University College London.
The higher incidence of heart problems among those working overtime was independent of a range of other risk factors including smoking, being overweight or having high cholesterol.
But Virtanen said it was possible the lifestyle of people working long hours deteriorated over time, for example as a result of poor diet or increased alcohol consumption.
More fundamentally, long hours may be associated with work-related stress, which interferes with metabolic processes, as well as "sickness presenteeism," whereby employees continue working when they are ill.
Virtanen and colleagues published their findings in the European Heart Journal.
Commenting on the study, Gordon McInnes, professor of clinical pharmacology at the University of Glasgow's Western Infirmary, said the findings could have widespread implications for doctors assessing patients' heart risks.


"work hard & get killed not only by disease but sumtimes by wife..ahakss"

"If the effect is truly causal, the importance is much greater than commonly recognized. Overtime-induced work stress might contribute to a substantial proportion of cardiovascular disease," he said.

(Editing by Charles Dick)


..so dun forget to take a leave to spend time with family & ur love ones..but upon submitting ur leave form, please be prepared to hear all these from ur boss:






Want a day off work?

So you want a day off??
Let's take a look at what you are asking for. 
There are 365 days per year available for work. 
There are 52 weeks per year in which you already have 2 days off per week, leaving 261 days available for work.
Since you spend 16 hours each day away fron work, you have used up 170 days, leaving only 91 days available. 
You spend 30 minutes each day on coffee break which counts for 23 days each year, leaving only 68 days available. 
With a 1 hour lunch each day, you used up another 46 days, leaving only 22 days available for work. 
You normally spend 2 days per year on sick leave. 
This leaves you only 20 days per year available for work. 
We are off 5 holidays per year, so your available working time is down to 15 days. 
We generously give 14 days vacation per year which leaves only 1 day available for work and 
I'll be darned if you are going to take that day off! 
now get back to WORK!!! 

;)








Tuesday, May 11, 2010

ehhh!!! knpe tetibe je dunia ku jadi putih????- (spatutnye jadik gelap!!!)

Ya Allah knpe ni suddenly je???? adehhhh..punye le sibuk dok godek2 blog akak kononnye nak kasi cantik le, sampai tak sempat2 nak masukkan entry baru tetibje je..kuang3x...ini yg telah berlaku pada aku!!! Oh NOOOOOOO!!!!! Akak dah tersilap padam blog template akak!!!! :(  dah le address url nye akak lupa!!! Huwaaaaaaa!!!! akak maleh guna yang bunga-bunga sebab akak suke yang rugged2 sket! adeh kt mane le nak cari template yg rugged2 & simple2 & mcm template akak dulu???? PLEASE BLOGGERSSSSSSS HELPPP ME!!! PLEASE!!!!!

lovelylady: selagi belum jumpa template yang sesuai akak malas nk tukar template lain lagi, biarkan je blog akak kaler putih...(----> tensen ni!!! huhuhuhu)

Monday, May 10, 2010

"Kisah ini untuk dia"

Terpana mendengar pengakuan seorang suami, yang juga seorang bapa, selalu didengar cerita pengorbanan seorang isteri..tetapi sebenarnya suami jua merasai perasaan yang sama..berpesan pada diri sendiri serta teman-teman, semoga kita ambil iktibar dari kisah benar ini..kisah ini ditujukan khas buat 'dia' dan semua yang bergelar 'ibu & isteri'..semoga kita sedar, semua orang punya pengorbanan yang pernah dilakukan, bukan hanya isteri & semoga kita cepat sedar, tak perlu menyalahkan pada sesiapa atas segala yang berlaku..ada hikmahnya, ya..Ada Hikmahnya!

Kisah benar ini dipetik dari:
Source : Notes Teman
Shared By Catatan Catatan Islami Pages


Ini adalah kisah nyata di kehidupanku
Seorang suami yg kucintai yang kini telah tiada
Begitu besar pengorbanan seorang suamiku pada keluargaku
Begitu tulus kasih sayangnya untukku dan anakku
Suamiku adalah seorang pekerja keras. Dia membangun segala yang ada di keluarga ini dari nol besar hingga menjadi seperti saat ini. Sesuatu yang kami rasa sudah lebih dari cukup.

Aku merasa sangat berdosa ketika teringat suamiku pulang bekerja dan aku menyambutnya dengan amarah, tak kuberikan secangkir teh hangat melainkan kuberikan segenggam luapan amarah.

Selalu kukatakan pada dia bahwa dia tak peduli padaku, tak mengerti aku, dan selalu saja sibuk dengan pekerjaannya.

Tapi kini aku tahu.
Semua ucapanku selama ini salah dan hanya menjadi penyesalanku karena dia telah tiada.
Temannya mengatakan padaku sepeninggal kepergiannya.
Bahwa dia selalu membanggakan aku dan anakku di depan rekan kerjanya.

Dia berkata, “ setiap kali kami ajak dia makan siang, mas anwar jarang sekali ikut kalau tidak penting sekali, alasannya slalu tak jelas. Dan lain waktu aku sempat menanyakan kenapa dia jarang sekali mau makan siang, dia menjawab, “aku belum melihat istriku makan siang dan aku belum melihat anakku minum susu dengan riang. lalu bagaimana aku bisa makan siang.” Saat itu tertegun, aku salut pada suamimu. Dia sosok yang sangat sayang pada keluarganya. Suamimu bukan saja orang yang sangat sayang pada keluarga, tapi suamimu adalah sosok pemimpin yang hebat. Selalu mampu memberikan solusi-solusi jitu pada perusahaan.”

Aku menahan air mataku karena aku tak ingin menangis di depan rekan kerja suamiku. Aku sedih karena saat ini aku sudah kehilangan sosok yang hebat.
 
Teringat akan amarahku pada suamiku, aku selalu mengatakan dia slalu menyibukkan diri pada pekerjaan, dia tak pernah peduli pada anak kita. Namun itu semua salah. Sepeninggal suamiku. Aku menemukan dokumen2 pekerjaannya. 

Dan aku tak kuasa menahan tangis membaca di tiap lembar di sebuah buku catatan kecil di tumpukan dokumen itu, yang salah satunya berbunyi, “perusahaan kecil CV.Anwar Sejahtera di bangun atas keringat yang tak pernah kurasa. Kuharap nanti bukan lagi CV.Anwar Sejahtera, melainkan akan di teruskan oleh putra kesayanganku dengan nama PT. Syahril Anwar Sejahtera. Maaf nak, ayah tidak bisa memberikanmu sebuah kasih sayang berupa belaian. Tapi cukuplah ibumu yang memberikan kelembutan kasih sayang secara langsung. Ayah ingin lakukan seperti ibumu. Tapi kamu adalah laki-laki. Kamu harus kuat. Dan kamu harus menjadi laki-laki hebat. Dan ayah rasa, kasih sayang yang lebih tepat ayah berikan adalah kasih sayang berupa ilmu dan pelajaran. Maaf ayah agak keras padamu nak. Tapi kamulah laki-laki. Sosok yang akan menjadi pemimpin, sosok yang harus kuat menahan terpaan angin dari manapun. Dan ayah yakin kamu dapat menjadi seperti itu.”

Membaca itu, benar2 baru kusadari. betapa suamiku menyayangi putraku. betapa dia mempersiapkan masa depan putraku sedari dini. Betapa dia memikirkan jalan untuk kebaikan anak kita.

Setiap suamiku pulang kerja. Dia selalu mengatakan, “ ibu capai? istirahat dulu saja”
Dengan kasar kukatakan, “ya jelas aku capai, semua pekerjaan rumah aku kerjakan. Urus anak, urus cucian, masak, ayah tahunya ya pulang datang bersih. titik.”

Sungguh, bagaimana perasaan suamiku saat itu. Tapi dia hanya diam saja. Sembari tersenyum dan pergi ke dapur membuat teh atau kopi hangat sendiri. Padahal kusadari. Beban dia sebagai kepala rumah tangga jauh lebih berat di banding aku. Pekerjaannya jika salah pasti sering di maki-maki pelanggan. Tidak kenal panas ataupun hujan dia jalani pekerjaannya dengan penuh ikhlas.

Suamiku meninggalkanku setelah terkena serangan jantung di ruang kerjanya. tepat setelah aku menelponnya dan memaki-makinya. Sungguh aku berdosa. Selama hidupnya tak pernah aku tahu bahwa dia mengidap penyakit jantung. Hanya setelah sepeninggalnya aku tahu dari pegawainya yang sering mengantarnya ke klinik spesialis jantung yang murah di kota kami. Pegawai tersebut bercerita kepadaku bahwa sempat dia menanyakan pada suamiku.

“pak kenapa cari klinik yang termurah? saya rasa bapak bisa berobat di tempat yg lebih mahal dan lebih memiliki pelayanan yang baik dan standar pengobatan yang lebih baik pula”

Dan suamiku menjawab, “tak usahlah terlalu mahal. Aku cukup saja aku ingin tahu seberapa lama aku dapat bertahan. Tidak lebih. Dan aku tak mau memotong tabungan untuk hari depan anakku dan keluargaku. Aku tak ingin gara-gara jantungku yang rusak ini mereka menjadi kesusahan. Dan jangan sampai istriku tahu aku mengidap penyakit jantung. Aku takut istriku menyayangiku karena iba. Aku ingin rasa sayang yang tulus dan ikhlas.”

Tuhan..Maafkan hamba Tuhan, hamba tak mampu menjadi istri yang baik. Hamba tak sempat memberikan rasa sayang yang pantas untuk suami hamba yang dengan tulus menyayangi keluarga ini. Aku malu pada diriku. Hanya tangis dan penyesalan yang kini ada.
Saya menulis ini sebagai renungan kita bersama. Agar kesalahan yang saya lakukan tidak di lakukan oleh wanita-wanita yang lain. Karena penyesalan yang datang di akhir tak berguna apa-apa. Hanyalah penyesalan dan tak merubah apa-apa.


Banggalah pada suamimu yang senantiasa meneteskan keringatnya hingga lupa membasuhnya dan mengering tanpa dia sadari.

Banggalah pada suamimu, karena ucapan itu adalah pemberian yang paling mudah dan paling indah jika suamimu mendengarnya.

Sambut kepulangannya di rumah dengan senyum dan sapaan hangat. 

Kecup keningnya agar dia merasakan ketenangan setelah menahan beban berat di luar sana.

Sambutlah dengan penuh rasa tulus ikhlas untuk menyayangi suamimu.

Selagi dia kembali dalam keadaan dapat membuka mata lebar-lebar.

Dan bukan kembali sembari memejamkan mata tuk selamanya.

Teruntuk suamiku.

Maafkan aku sayang.

Terlambat sudah kata ini ku ucapkan.

Aku janji pada diriku sendiri teruntukmu.

Putramu ini akan kubesarkan seperti caramu.

Putra kita ini akan menjadi sosok yang sepertimu.

Aku bangga padamu,aku sayang padamu.

Istrimu,
Rina




lovelylady: "Andaikata ini adalah 'kita', semoga masih belum terlewat untuk kita sedari & berubah..semoga kita beroleh kebahagiaan..amin"



Saturday, May 8, 2010

Sambungan-Sempena HAri Ibu - eMak sapa Ni?? Kaya Btuii-dari blog Captain88

Post ni sambungan dari blog Captain88 , meh kte tengok sape yang dia ter-missed out dari senarai tuh..google ke tempat ke-6 & terbawah sekali.. pastu jgn lupa tinggalkan komen anda!

..Selalunyer kita tengok billioonaire2 ni ramai terdiri daripada kaum2 lelaki... xde ke kaum2 perempuan yg hidup mereka dilimpahi wang berbillion2 byknya...so hari ini...sempena hari ibu yg akan hadir pada hari esok.... captain nak menyenaraikan senarai perempuan yg bergelar ibu yang bergelar billionaire...


Sumber: Forbes
Di tangga pertama :-
Christy Walton


Jumlah Kekayaan yang dimiliki olehnya - $22.5 billion (sket je..)

Kerakyatan - U.S


Status - Janda anak satu


umur - 55

 

Ditangga Kedua :-

Liliane Bettencourt


Jumlah Kekayaan yang dimiliki olehnya - $20 billion (ni pun kire sket lg nih..)

Kerakyatan - France


Status - Janda anak satu


Umur - 87

 

Ditempat Ke-3:-

Birgit Rausing


Jumlah Kekayaan yang dimiliki olehnya - $13 billion (ni pun kureng jugak)

Kerakyatan - Sweden


Status - Janda anak 3


umur - 86

 

Ditempat Ke-4 :-

Savitri Jindal
Jumlah Kekayaan yang dimiliki olehnya - $12.2 billion (ni pn kurang..)

Kerakyatan - India


Status - Janda anak sembilan


umur - 60


Ditempat Ke-5:-
Abigail Johnson


Jumlah Kekayaan yang dimiliki olehnya - $11.5 billion (ini kurang satu ciri dari diorg yg tsenarai..)

Kerakyatan - U.S

Status - Berkahwin, anak 2 orang


umur -48



Ditempat Ke-6:- Jeng jeng jeng...

down lg..



down lg..


down lg..


down lg..(last punye!)


Di tempat ke-6 ialah...






Jumlah Kekayaan yang dimiliki olehnya - $1001 (malam..eh billion tu pun mase main monopoly) ahaksss

Kerakyatan - Warganegara Malaysia
(Proud to be Malaysian!)

Status - Ibu Tunggal (x mo le letak 'janda'..cam x best je bunyi dia..hehehe) anak 2 orang


umur -nak masuk 32 tahun (bln 8 ni..masuk kalendar cpt, kang antor hadiah!)

------> emak sape ni, ye? ahaksss


Macam mana??? kaya x?? bkan juta2 lagi... billion dah ni... dan kebanyakan mereka berstatuskan janda... so apa lagi?? ada sapa2 yg berkenan?? 

***pssstttt:- utk yg No-6 tuh, dateline masih ade lg nih..permohonan baru masih diterima..so cpt2 le queue up! ahaksss...

PERINGATAN: semua di atas adalah benar, melainkan yg no-6 tu..ahaksss..post ni adalah  sebagai hiburan semata-mata..mmg ade kena mengena dgn aku yg masih idup & mmg x de kena mengena dgn yg dh mati..ahaksss.. ;)


"SELAMAT HARI IBU!!!"

Friday, May 7, 2010

Asal kejadian HAWA & CINTA buat renungan..

Salam buat semua..akhirnya sampai juga kita ke Penghulu segala hari, iaitu hati Jumaat..Alhamdulillah..banyak peristiwa yang baik berlaku pada hari Jumaat dan antara yang mungkin tidak kita ketahui ialah pernihakan di antara Nabi Adam dan Hawa juga terjadi pada hari Jumaat..emmm..sebelum terjadinya pernikahan tersebut, mari kita sama-sama baca rentetan kisah cinta Adam dan Hawa yang membawa mereka ke gerbang pernikahan..

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan.

Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Dia merasa kesepian, lama sudah. Dia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian, Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Dia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu.

Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur. Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya.

Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa, Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu. Adam terjaga....!

Alangkah terkejutnya Adam a.s ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Dia seolah tak percaya pada penglihatannya. Adam a.s masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya. Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna.

Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Hawa adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana dia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia.

Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam. Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Dia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Dia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya.

Dia yakin tidak salah pandang. Dia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Dia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Dia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya. Adam terpikat Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.

“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga.

Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat. Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam.

Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban. “Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak menghulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: “Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”. Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.

Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah. Perkahwinan Adam dan Hawa Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga.

Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa. 

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: 
“Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

Malaikat dan para bidadari berdatangan Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar. Mahar perkahwinan Adam Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar.

Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam. Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan. “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
 
Allah SWT. berfirman: 
“Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya.

Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam). Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
 
Allah SWT. berfirman kepada mereka:
“Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat. Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat.

Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.:
“Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 38)

Tertarik dengan sepotong hadith yang membawa maksud:
"Sebaik-baik wanita dalah:
yang apabila diberi sesuatu
...dia bersyukur
dan bila tidak diberi apa-apa
...dia bersabar

yang menyenangkan hatimu
...bila kamu melihatnya
dan mentaatimu
...bila kamu menyuruhnya"

lovelylady:  semoga aku mampu menjadi wanita yang sebaik itu..amin. 

(Artikel di atas dipetik dari web iluvislam.com)

Wednesday, May 5, 2010

Rahsia kejadian kita, manusia..

Tertarik dengan email yg sahabat akak dapat, akak minta dia forwardkan pada akak untuk kita sama-sama bkongsi dan buat renungan kita semua agar kita sama-sama sedar asal kejadian kita yang bernama MANUSIA ini..
 
Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi
 
Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah( Babylon )
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

RENUNGAN :
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan dikembalikan. 
 
Lovelylady:  "Terasa kecil diri ini setelah membaca artikel di atas tadi..terasa insaf & semoga Allah terus beri hidayah utk kita semua..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yg telah Dia jadikan dan semoga hati ini dilembutkanNya..amin"

Tuesday, May 4, 2010

adusssss!!! aku tkne TAG lg kali ni oleh ~!!!Miss ToRa!!!~-wasiat lembu dari org kaya kg sepening lalat utk kenduri kawin Lovelylady!!! ;)

ahaksss..sorry le sbb akak amek mase lama sket utk siapkan Tag ni sbb akak kureng sihat last week but sbb akak sporting so akak siapkan gaks..

1.Thank & link the person that gave you the cow (JGN LUPA COPY PICTURE SEKALI)

First of all, akak nk say tengkiu2 sbb kasi lembu ni kt akak ~!!!MiSs ToRa!!!~ cam tau2 je akak tgh 'counting days' ni..ngeh ngeh ngeh..so dh slesai 1 bab kire save budget le ni..ahaksss...tgok lembu yg dia kasik ni, bkn main sehat lg..nti ble time majlis nti akak wat announcement kt ko sbb jd penaja utama hadiah SEBESOR ni..& smentara nk nunggu ke majlis akak tu, sempat mbesor lg le lembu nih..

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active..hahaha
  
nk kasi sape ek??? emmmm...ntah ek..k lah antara yg akak tfikir nk kasi org yg tsenarai kt bwh neh:

- inumatin (lembu ni wat bekalan anibesary tau!)
-DYEA

(yg lain akak TAG nanti sbb tgh fikir sape yg blum kawen & yg nk kawen..takut tsilap kasi kt yg dh kawen kang x pasal2..ahaksss)

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat

meh amik sorg sekor lembu nih..akak dpt lebey, karang takut x lalu org nk mkn lembu je..karang x pasal2 kne darah tinggi sbb asik mkn lembut time kenduri akak..so yg lebey ni, amek la..buat le utk kenduri kawen korang plk..kalo yg dh kawen tu, kawen le lg skali ke ataupun buat simpan time anibesary nti..(save budget cam akak ni! ahakss)


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

-main laptop
-main dgn ank
-main hp


(org kata, smbil nyelam smbil minum air..tp akak x pndai nyelam, so dh tentu le akn lemas n tminum air tu)


5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

-mknan yg namanye cam sedap gile, tp rasenye cam hampeh!
-mknan yg namanye simple gile, tp rasenye sdap giler!
-ns ayam (ayam punye nasi pn nk amek, sian ayam! kejam betul le manusia ni kan, asik buli menatang je)


6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK

alamak sori le, akak x pndai kire le..cmane nk kire ek??? 1, 2, 3..3, 2, 1..ha! kan dh ckp, x pndai kire le!!!

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...

jumpa kt mane??? nk jwb tipu ke..tipu?? hehehe..k lah sbb akak sporting so akak jwb le..jpe kt ..nk kate jpe pn x jg sbb dlm internet kan..tp terdimengorat kt iMesh..tp skrg dh jpe le n akn jpe hari2 lps ni..ahaksss!!! siyesly! 








Sunday, May 2, 2010

Sepetang di Taiping Golf Resort @ Bukit Jana, Taiping, Perak


kali ni entry akak ialah percutian ke Taiping Golf Resot, Bukit Jana..mane lagi..Perak le..emmm..ni kire pcutian yg x diplan sbb my kids merungut nk pegi zoo n jln2..so fikir punye fikir, kire Zoo Taiping le yg tdekat skali..and plus cik abg pn mmg kje kt sane, so ape lg..smbil menyelam, sambil minum air le..ahaksss..akak dh pnah pegi actually aritu, kt tmpat yg sama, but kt Golf View Hotel, tapi kureng sket le..yg paling akak suke Jana Condotel..tempat dia sunyi, sesuai utk bw kluarga bercuti & hilangkan penat and stress kje..bagi yg minat golf tu emmm tempat ni mmg le elok sbb di samping bercuti dgn fmly bole gak lepas gian main golf..hehehehe..

 Entrance

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sni ialah:
  • 18-hole golfing green
  • Driving range
  • Outdoor swimming pool
  • Tennis courts
  • Gymnasium
  • Function and seminar halls
  • Nature walk, jungle trekking, picnicking
  • Kiosk


ni pemandangan dari bilik yg akak tinggal..tertarik dgn pemandangannye, akak amik le gambar..suasana pagi dan petang mmg best sgt kt cni..sunyi, segar dan jauh dari hiruk pikuk dan kesibukkan yg biasa kte dgr di bandar..



pemandangan padang golf dari balkoni bilik



menyempat akak blogging sambil minum2 petang and rehat2 di balkoni..bile otak segar, bnyk pulak idea yg dtg..emmm bestnye kalau dpt rase suasana tenang dan segar mcm ni selalu..


dgn bayaran yg boleh diconsider murah (RM 105 nett-promosi) akak dpt rasai tinggal dan nikmati suasana yg mmg best sgt..berbaloi2!


ni kire antara facilities kt dlm blk le..ape susah, kte tinggal kt sane bukan nk masak pun..standard, cukup ape yg ade kire ok le..byr murah kan tp blk nye kire ok le..puas ati..resort punye class kire ok le! 




gambar bilik air pun sempat akak amek..ahaksss..bukan ape, sbb akak nk bg cadangan pd member2 itm utk buat reunion..so kot2 le diorg x muat tdo dlm blk tu so ade le spare space lg utk diisi..ahaksss..but 4 info, kt cni x de bath tub..hehehe..
akak ni buat cover-up mcm le diorg kasi akak komisyen utk promote kan! tp x pelah sbb kengkawan punye psl, akak masukkanlah smua ni dlm entry kali ni..so kalau bminat & nak tau maklumat tperinci, bole surf kt www.taipinggolfresort.com ..& kalau dh kt Taiping tu, kat cni ade akak copy & paste (ahaksss kes malas ni..) tempat2 yg menarik yg bole dilawati yg dbdekatan dgn  Taiping nanti..
  • Penang airpoirt (nearest) - 1 hour and 30mins drive
  • Ipoh airport - 1 hour drive
  • Taiping Town - 15 mins
  • "Matang Mangrove Forest" in Kuala Sepetang - 30 mins
  • Taiping Golf Resort - 15 mins
  • Kuala Gula Bird Sanctuary - 1 hour drive
  • Kampung Selamat (traditional Malay Village tour)
  • Ipoh City - 45 mins drive
  • Night Safari in Taiping - 15 mins drive
  • Historical City Tour of Taiping Heritage City - 15 mins drive
  • Bukit Jana Waterfalls - 15 mins walk
N lastly, utk sesape yg masih tertanye2 lg lokasinye..sile le rujuk peta kt bwh ni..

Location Address


Taiping Golf Resort
Jalan Bukit Jana, PO Box 4
34600 Perak, Malaysia


Location Map



so, ape lagi..CUTI-CUTI MALAYSIA la!!! ;)

world music