Tuesday, April 20, 2010

'idea & tips..'

..dari pg smpai ke mlm n trus bw ke pagi smula mmg bnyk sgt idea yg tfikir sambil mengemas rumah, sambil drive tadi..emmm..tapi cuma x bkesempatan nak update je..hehehe..al-maklum le smlm ahad, so memacam le aktiviti yg nk dibuat with my lovely angels (outing le, ape lg)..tetibe je ble dpt peluang mngadap 'lappy' ni smlm, so saje visit blog 'redmummy'  (her blog is Sooo Hot!! ahakss-congrats!) tbaca ttg latest post from reader dia yg ngadu ttg 'suami x guna'..so i dropped a comment..sdap je menaip sedar2 je ble post skali pnjang le pulak..hehehe..nk wat cmane tgn ni mcm mulut le jg, susah nk brenti kalau dh dtg idea..tu le sbb nk berblog ni..hrp2 dpt le org lain manfaat dari pengetahuan aku..dah lps je komen kat sane smlm tetibe je mata ni berat le sgt..so, x le juga update blog aku..so pg ni, ade topik yg mmg bermanfaat utk tatapan smua wanita2 yg dah berkahwin, yg belum berkahwin atau yg nak berkahwin smula (mcm akak insyaAllah)..topiknye ialah

"BAGAIMANA MENJADI ISTERI IDAMAN"


Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka  iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah, yang dipetik dari majalah jelita. InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri..

Tips ini khas buat si isteri (ape salahnye kalau kite pbetulkan diri kite dulu then nanti kite tgk ape reaksi si suami)..bukanle pndai sgt, akak pn nk blajar dari kesilapan masa lalu..mane tau after dis, kalau dh jodoh kan..hehehe..

1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan. (jgn le malu2)

2. Cuba masak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri. (Akak highlight kan kt CUBA tu bukan ape, kalo x cuba, bile lg nak cuba kan! asik mkn ns kedai je..lama2 pokai le jg suami..hehehe)

3. Temankan pasangan apabila melakukakan kerja bersendirian pada waktu malam. (tlg2 le picitkan dia kot2 le penat ke ape ke..buatkan air at least..ksian dia bjaga nak buat kje cari duit utk ank & isteri)

4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya. (so x de le dia klam kabut esok pgnye..kalo dh klam kabut tu tau2 je la, hangin pn satu bdn je rase..hehe)

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua. (yg kte mampu je le..yg berat2 tu jgn le..kang kte pulak masalah)

6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin. (haaa!!! ni akak suke! biar wangi, cadar kne tukar kerap2..jgn le smpai dh siap peta malaysia baru nk tukar..x pyah, skrg ni dh ada GPS pn, so x yah susah2 nk simpan peta kt ats bntal)

8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin (kot2 le wife tu ada 'black belt kaler biru' tp jgn le kasar dgn suami, dosa tau!)

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang
ditemui. (haaa! ni kne kepoh sket..hehehe fhm2 je la..tp ade batasnye..jgn over ye dek non!)

11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak. (ni yg plg penting bg akak! lelaki mmg suke dimanjakan walaupun bdn besor cam gajah tapi mmg sifat manja tu ada pd stiap lelaki..so kne pndai2 tackle..jgn le mulut tu asik nk kata 'mengada2' ke ape..(gajah tu, cuma perumpamaan je..hehehe)

12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita. (tunjukkan yg anda pndengar yg baik dan tunjukkan minat pd stiap yg diceritakan-barulah ada interaksi 2 hala, jgn smpai lebih2 kang jd x tentu hala..ahakss)

13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas. (ini jg penting, b4 dia pegi kje tu at least siapkan minuman, jgn biar dia ke pjbt dgn tekak kosong..kemudian sbaik sj dia melangkah kluar, doakan pasangan anda 'semoga dia slamat pergi & slamat kembali')

15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan. (jgn le ktawe ble dia cite ttg pkara yg serius, kang x pasal2 dia hangin)

16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

18. Berkelah bersama pasangan.

19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).

20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati. (tak smestinya brg..mungkin masakkan ape yg dia suke)

22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan. (perkataan syg mesti diungkapkan..buang jauh2 rase malu, biar seromantik yg mgkin bile anda bsama pasangan anda + agak2 le kalo dpn org lain.. :))

23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.

24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja. (beritahu mgkin secara sms/nota kecil tmpal di cermin mk-up atau tmpat yg dia mudah lihat)

26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya. (jgn ego krn ego lelaki lbih tinggi..so mcmane pun, mengalah x smestinye kalah)

28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggan membantu.

29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.

31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.

32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian. (kne pndai pujuk le..)

33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.

34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati. (sesetengah org lelaki x suke bile dpaksa..beri kbebasan utk dia melakukan ape yg spatutnye dia buat..)

35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.

36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan. (trima lah suami anda seadanya dan fahami keadaan kewangan dan sgala2nya tentang dia..jgn meminta2 apa yg di luar kemampuan suami anda dan jgn biar dia rasa rendah diri..itu akan membuat dia rasa x bguna..itu akan 'menjauhkan' dia dari anda secara x lgsung)

37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.

38. Jangan cabar pasangan

39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.

40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.

41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.

42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri. (lelaki amat 'direct' pemikirannya/perlakuannya so kdg2 kte kne cuba2 pujuk diri sendiri..huhuhu..)

43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.

44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.

45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.

46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.

47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap. (sboleh2nya elakkan buat tanggapan sendiri, eloklah sekiranya kte bersemuka supaya tak timbul salah fhm yg bole memudaratkan sesuatu hubungan)

48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semogo hidup kita bahagia di dunia dah akhirat

**sekiranya smua ini telah pun anda buat dan masih ada serba sdikit kekurangan, terima lah krn manusia biasa mmg tak sempurna..akak pun tak le pndai mana tp cuba belajar dari kegagalan dan kesilapan masa lalu..semoga kte sama2 beroleh manfaat dari tips2 di atas..**

2 comments:

RIZAL@BUYONG.INC said...

kakakakaka... bravo.. marrrikutu.. baguih dok ada..

lovelylady - シングルママ said...

baguih no! p order mai yg mcm ni sebijik..hehehe..ape pun, aku doakan hg btemu dgn wanita yg ada ciri2 mcmni..biarpun x cantik mane, tp asalkan sifatnye menyejukkan ati tu dh lengkap la..aminnnn utk hg! :))

world music